Aku lupa sejak bila aku mula jadi montel. Ye la, takkan lahir-lahir je terus domuk kot. Mesti ada something along the line yang telah mentriggerkan tahap pertumbuhan aku sampai mencapai tahap kemontelan yang membanggakan sampai la sekarang ni. Tapi yang pasti, tahap kegebuan aku ni tak pernah dipengaruhi oleh kejatuhan nilai ringgit dalam pasaran global mahupun kadar kenaikan paras air laut disebabkan fenomena rumah hijau. Mungkin secara semulajadi la kot?
Sejak kecik, aku memang fobia sangat naik atas alat penimbang. Masa cikgu panggil nama suruh naik atas scale untuk bubuh berat dalam buku rekod kemajuan kaler biru tu, aku memang nerves habes. Apa taknya, kawan-kawan akan mula kerumun dekat scale kemudian masing-masing mula buat muka heran tengok jarum penimbang yang naik banyak. Malu aku! Aku tau la korang semua selim-selim tapi tak payah la sebok usha berat aku pulak. Bila besar, aku asyik pakai baju baggy-baggy, yang kaler suram-suram aje. Tak pernah laa aku nak merasa pakai seluar jeans ngan baby tshirt, asyik baju kurung je memanjang. Tapi tu pasal aku ni jenis budak baik, pompuan Melayu terakhir. Dan disebabkan penampilan aku yang ala-ala sopan santun ni la laki aku berkenan kat aku pun. So, yang tu aku tak menyesal sangat la.
Sekarang, aku dah jadi mak budak. Anak aku pun dah dua, comel-comel lagi. Dua-dua pompuan dan dua-dua takde masalah berat badan berlebihan atau lebih kejam lagi dipanggil obesiti (aku menci laa perkataan ni). Antara banyak-banyak siti, yang paling tak best sekali yang ni la - obesiti..
Satu hari, bangun je dari tido aku tiba-tiba mendapat satu idea yang bernasnya mengalahkan Lembaga Padi dan Beras Nasional lagi. Aku tiba-tiba jer dah rasa bosan jadi montel. Aku nak kurus pulak.
Dipendekkan cerita, (kalau aku citer dari A sampai Z kang, kesian korang tak jadi pegi mandi) aku pun tanyalah Pakcik Google tentang produk apa yang paling best yang ada kat market yang boleh aku amik. (Dia jawab takde jalan mudah, kecuali dengan makan makanan seimbang dan buat exercise - yang ni aku buat-buat tak baca sebab aku memang malas nak berpeluh dan sebab aku malas nak basuh baju). Last-last aku jumpalah satu produk yang berjaya menarik hati aku, HERBALIFE. Aku tengok harganya, mak aii...boleh tahan laa, tapi aku tak kira! Aku nakkkk jugak.
Malam tu jugak aku bodek2 laki aku dengan pelbagai cara dan pelbagai gaya (yang ni korang tak payah tahu laa, pandai2 la korang bodek sendiri laki masing2)..dan esoknya ZAPPP! laki aku sain borang approval dan aku pun sepantas kilat pegi ke booth Herbalife yang paling dekat dengan tempat aku bersemayam.
Maka bermulalah kehidupan berdiet (yang seksa?) aku pada keesokannya, sebab aku mintak cheat day hari mula-mula beli Herbalife tu pasal aku tak tahan sangat bau ayam KFC yang harum menusuk lubang hidung terus sampai ke kalbu itu adanya. Ok, secara officialnya maka perang melawan nafsu makan yang selama ni bermaharaja lela dalam diri aku ni pun bermulalah dan aku akan terus update sampai la aku menang perang ni (matlamat utama aku nak pakai kebaya nyonya kaler biru raya tahun depan). Harap-harap azam aku kali ni bukanlah macam azam nak kurus yang aku selalu buat tiap-tiap kali masuk tahun baru sebelum-sebelum ni. Ok, korang doakan la aku. Kalau berjaya nanti, aku belanja korang asam masin sebijik sorang k. Oklah, aku chiao dulu.
No comments:
Post a Comment