Trafik

Thursday, December 20, 2012

Sebulan dengan Herbalife

Salam.

Dah genap sebulan aku dengan Herbalife. Rasa-rasanya, dalam banyak-banyak program diet yang telah aku jebakkan diri, yang ni lah yang paling menjadi. Yang penting, boleh makan nasik dan tak lapar. Yang penting lagi, shake Herbalife memang sedap! Tak tipu! Tak macam satu jenis jus emm..oren lah, rasanya macam air gandum yang dicampur dengan tiga titik oren sunquick. yuck!!!

Setakat ini aku dah cuba perisa Dutch Chocolate, Strawberry dan Capuccino. Semuanya best tapi feveret aku tentunya perisa coklat sebab sejak kecik aku memang hantu coklat. Rasanya ala-ala Vico gitu (Milo? Alaaa....tentulah Milo lagi sedap. Lagi mau tanya ka?). Selain Formula 1, aku jugak ambik Aloe Concentrate dan Teamix perisa Lemon. Aku cadang nak mula consume protein (Formula 3) bila berat aku dah turun 15 kg. Maknanya aku kena tunggu lagi 10 kg lerr jawabnya. Yang ni untuk pastikan korang kurus dengan smart lagi mapan, takde la menggeleber sana sini kan.

Ok, setakat sebulan aku dengan Herbalife ni, aku dah hilangkan 5 kg ya. Korang boleh cek carta kat bawah yang dah penat-penat aku buat tuu...tu pun kalau korang rajin la kann. Ok, toodles!

Tuesday, November 27, 2012

Diet Herbalife jadi sembelit?

Salam.

Ok, hari ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku dengan sejenis penyakit keji yang dipanggil sembelit. Sembelit saja takpe lagi, tapi kalau dah sampai ke tahap mendapat koyakan di bahagian dubur atau kalau nak bunyi mcm best sikit anal fissure, maka korang sediakanlah tisu kotak banyak2 buat lap air mata korang untuk tempoh dua tiga bulan akan datang pasal kalau sekali korang dah kena luka ni, alamat dua tiga bulan lah menanggung seksa. Not that it will not heal, it will soon. But soon is not soon enough..huhu. Pendek kata, luka di jari nampak berdarah, luka di bon**t siapa yang tahu..uhuk3.

Aku ni sebenarnya masuk hari ni, dah genap 60 hari aku selamat bersalin. Kalau under normal condition, sekali sembelit dan dapat luka tak lama baik lah. Tapi kalau lepas bersalin...seksanya lebeh woo. Mungkin disebabkan otot-otot kita baru je teregang untuk bersalin hari tu maka dia jadi nipis dan senang koyak kot. Push sikit je dah koyak (aku agak laa, aku pun bukannya doktor nak tahu lebeh2).  Dah ler cenggitu, payah baik pulak tuu...tensen2.

Ok, berbalik pada isu yang aku utarakan tadi. Adakah dengan consume diet plan herbalife maka korang akan sembelit? Jawabnya ya dan tidak. YA, bagi sesetengah org mungkin akan dapat mild constipation (sembelit ringan) tapi ada orang tak sembelit langsung pun...dan TIDAK, sembelit tersebut bukan disebabkan korang amik produk Herbalife. Sebaliknya, mana-mana diet plan pun, hatta kalau korang diet sendiri2 pun korang mungkin kena sembelit sikit mula2nya sebab perut korang berada dalam stage nak membiasakan diri dengan kuantiti makanan yang sedikit. Macam kilang laa, bese production banyak, tup2 input bahan sikit dan production pun sikit jadi pekerja2 kilang pun mulalah buat keje slow2 sket sementara tunggu waktu balik kul 5. Cenggitulah enjin perut korang tu, pencernaan akan jadi a bit slow dan pembebasan tenaga pun slow sikit.

Tapi jangan bimbang, keadaan tuh sementara aje. Bila dah masuk lima enam hari, pandai2 la perut korang adjust sendiri. Nanti masalah korang akan hilang dan diganti dengan perut yang lawas tiap2 hari (nak2 kalau korang amik herbal aloe). Pengalaman aku, 3 hari pertama aku consume Herbalife, aku tak ke tandas langsung. Hari ke-4, aku g toilet dan rasa macam tersekat sikit. Sikit ja, tak tipu! Esoknya, semua baki lepas keluar dan lepas hari tu, tiap2 hari macam bese takde masalah.

So macam tu lah, kalau korang memilih untuk try Herbalife untuk kurus, korang jgn takut pasal sembelit (atau cirit birit) sebab melalui pengalaman singkat aku dengan benda ni, In Shaa Allah, benda2 tu sume takde. Jadi apa lagi, g beli Herbalife dan mula membuang kilo2 berlebihan macam aku (12 hari aku buang 4 kilo). Weii, 4 kilo tuh banyak woo. Kalu korang tak caye, buleh amik 4 bungkus gandum dan ikat keliling pinggang korang. Berat kan tu? Ok lah, aku nak gi makan nasik. Jangan tak tau, consume Herbalife korang still buleh makan nasik tau. Tu yang best tu...ok, chiao!

Wassalam.

Monday, November 26, 2012

10 hari selepas itu...

Jeng jeng jeng....Wiiiiiii.......(muzik saspen)

Selepas 10 hari minum shake Herbalife dan makan secara berhemah (isi nasik dalam pinggan macam sorang org pempuan yg nak makan dan bukan macam sekor bapak dinosaur yang nk mkn) ditambah pulak ngan teknik makan yang betul (kunyah 40 kali, suap kecik-kecik sambil menikmati keindahan alam) maka tibalah detik-detik keemasan yang aku tunggu-tunggu - aku nak cuba try panjat scale.

Ada aku pernah terbaca kat mana ntah, kalau korang diet la kan, jangan gatal nak naik atas scale tiap-tiap hari sebab nanti alat timbang korang pecah (hehe, yang ni aku reka je) sebab nanti korang jadi tensen tengok berat macam tak berubah. Bila korang tensen, korang marah plak kat alat penimbang tu dan bila korang marah, nanti korang lompat plak atas benda tak berdosa tu (aku la tu..huhu). So, korang bajet-bajet la...seminggu sekali ke, dua minggu sekali ke..pandai2 korang la.

Berbalik pasal aku ni. So, selepas membulatkan tekad dan menggenggam azam yang padu, aku pun naik la atas penimbang aku tu...wow!! Aku buat la muka ala-ala terperanjat gitu. Haa...korang mesti sebok nak tau kan? kan? Ok laa, aku bagitau la. Aku turun 3 kg!!! Mula2 aku hepi, pastu aku terfikir, 3 kg tu sikit ke banyak eh? Pikir punya pikir last2 aku amik keputusan ah! lantak kau lah, asal turun sudah la.

Jadi nampaknya misi mustahil aku macam ada sikit-sikit ura-ura macam nak menuju kejayaan jer ni. Bukan setakat macam misi jenab atau misi milah aje nampaknya nih. 3 kg dalam 10 hari rasanya not bad lah kot...sebab kalau 3 kg, 10 hari...30 hari dah 9 kg. Kalau 3 bulan dah 27 kg. Kalau 3 tahun??? (eh, tu dah melampau lah tu!)...Alhamdulillah, setakat ni aku agak puas hati lah. Tapi aku malaslah nak over excited sangat. So, esok dan hari-hari seterusnya macam biasalah, sama macam hari ni. Untuk hari ni pagi aku shake, tengahari aku makan sandwic sardin tiga keping, petang aku makan keropok lekor 5 batang, malam aku shake, tengah malam? tengah malam aku tido la..lagi mau tanya ka? Nanti next time aku timbang lagi aku bagitau k. Tata for now.

Macam dah bosan jer jadi montel

Aku lupa sejak bila aku mula jadi montel. Ye la, takkan lahir-lahir je terus domuk kot. Mesti ada something along the line yang telah mentriggerkan tahap pertumbuhan aku sampai mencapai tahap kemontelan yang membanggakan sampai la sekarang ni. Tapi yang pasti, tahap kegebuan aku ni tak pernah dipengaruhi oleh kejatuhan nilai ringgit dalam pasaran global mahupun kadar kenaikan paras air laut disebabkan fenomena rumah hijau. Mungkin secara semulajadi la kot?

Sejak kecik, aku memang fobia sangat naik atas alat penimbang. Masa cikgu panggil nama suruh naik atas scale untuk bubuh berat dalam buku rekod kemajuan kaler biru tu, aku memang nerves habes. Apa taknya, kawan-kawan akan mula kerumun dekat scale kemudian masing-masing mula buat muka heran tengok jarum penimbang yang naik banyak. Malu aku! Aku tau la korang semua selim-selim tapi tak payah la sebok usha berat aku pulak. Bila besar, aku asyik pakai baju baggy-baggy, yang kaler suram-suram aje. Tak pernah laa aku nak merasa pakai seluar jeans ngan baby tshirt, asyik baju kurung je memanjang. Tapi tu pasal aku ni jenis budak baik, pompuan Melayu terakhir. Dan disebabkan penampilan aku yang ala-ala sopan santun ni la laki aku berkenan kat aku pun. So, yang tu aku tak menyesal sangat la.

Sekarang, aku dah jadi mak budak. Anak aku pun dah dua, comel-comel lagi. Dua-dua pompuan dan dua-dua takde masalah berat badan berlebihan atau lebih kejam lagi dipanggil obesiti (aku menci laa perkataan ni). Antara banyak-banyak siti, yang paling tak best sekali yang ni la - obesiti..
Satu hari, bangun je dari tido aku tiba-tiba mendapat satu idea yang bernasnya mengalahkan Lembaga Padi dan Beras Nasional lagi. Aku tiba-tiba jer dah rasa bosan jadi montel. Aku nak kurus pulak.

Dipendekkan cerita, (kalau aku citer dari A sampai Z kang, kesian korang tak jadi pegi mandi) aku pun tanyalah Pakcik Google tentang produk apa yang paling best yang ada kat market yang boleh aku amik. (Dia jawab takde jalan mudah, kecuali dengan makan makanan seimbang dan buat exercise - yang ni aku buat-buat tak baca sebab aku memang malas nak berpeluh dan sebab aku malas nak basuh baju). Last-last aku jumpalah satu produk yang berjaya menarik hati aku, HERBALIFE. Aku tengok harganya, mak aii...boleh tahan laa, tapi aku tak kira! Aku nakkkk jugak.

Malam tu jugak aku bodek2 laki aku dengan pelbagai cara dan pelbagai gaya (yang ni korang tak payah tahu laa, pandai2 la korang bodek sendiri laki masing2)..dan esoknya ZAPPP! laki aku sain borang approval dan aku pun sepantas kilat pegi ke booth Herbalife yang paling dekat dengan tempat aku bersemayam.

Maka bermulalah kehidupan berdiet (yang seksa?) aku pada keesokannya, sebab aku mintak cheat day hari mula-mula beli Herbalife tu pasal aku tak tahan sangat bau ayam KFC yang harum menusuk lubang hidung terus sampai ke kalbu itu adanya. Ok, secara officialnya maka perang melawan nafsu makan yang selama ni bermaharaja lela dalam diri aku ni pun bermulalah dan aku akan terus update sampai la aku menang perang ni (matlamat utama aku nak pakai kebaya nyonya kaler biru raya tahun depan). Harap-harap azam aku kali ni bukanlah macam azam nak kurus yang aku selalu buat tiap-tiap kali masuk tahun baru sebelum-sebelum ni. Ok, korang doakan la aku. Kalau berjaya nanti, aku belanja korang asam masin sebijik sorang k. Oklah, aku chiao dulu.